SEPI MENCARI ERTI KALA SENDIRI

Diam ku terus memendam, Cuba memadam nostalgia silam, Pergilah kau dari ingatan,
Ku lebih bahagia dengan hari ini, Bukan semalam,
Biarlah rindu di kejauhan, Telah ku cuba meminta kasih mu, Biar menjadi ikatan abadi,
Namun apa daya terlerai janji kita, Mungkin sudah suratan takdir,
Tautkan cinta mu, kepadaNya,  Bagaikan tasbih yang di ratib penuh kasih, Meski pun Banyak dugaan dan cabaran, inilah liku-liku kehidupan, Tabah meniti hari-hari mendatang,                  Demi  mencari cinta Nya yang hakiki, Siang akan sepi tanpa mentari, Malam tiada seri tanpa rembulan, Hidup akan sunyi tanpa teman, Hati tiada erti tanpa IMAN ♥
Andai kau tahu apa isi hati ku ini?  Apa yang ku rasakan pada saat ini, Jika kau merasakan ku mohon, Balas rasa ini, Ku memohon ungkapan rasa yang ada di hati mu!!! Andai kau tahu, Hanya diri mu yang ada di hati, Hanya nama mu terukir di jiwa, Hanya wajah mu yang ada di bayang ku, Diri mu yang satu, Telah menebar cinta di hati ku, Kerana diri mu di hati ku ♥ ♥ ♥

Tiada ulasan: