Noktah Ku Untuk Awak

Awak,
Ya, Awak yang tengah baca nie,
Saya tahu, jauh di sudut hati awak,
Ada rahsia yang tersimpan,
Ada tangisan yang tersembunyi,
Ada harapan yang terlukis terang,

Namun di situ,
Awak memilih untuk senyum,
Awak bertahan dalam diam,
Awak yakin dengan doa,
Tapi saya percaya di sebaliknya,

Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti,
Awak menangis di hadapanNya yang jauh lebih memahami,
Awak serahkan hati awak sepenuhnya, Hanya untuk DIA

Sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya,
Kerana hati mu teguh bersama Pencipta...

Tiada ulasan: